Khamis, 21 Oktober 2010

KAMI MENJALANKAN PERNIAGAAN MAKANAN TRADISIONAL MELAYU,BUGIS DAN JAWA IAITU KETUPAT,BURASAK DAN LEPAT PULUT.SELAIN DARIPADA ITU,KAMI JUGA ADA MENYEDIAKAN LAUK PAUK SEPERTI RENDANG AYAM DAN DAGING,SERUNDING,SAMBAL KACANG,ASAM PEDAS,DLL.KAMI JUGA SEDIA MENERIMA TEMPAHAN PADA BILA-BILA MASA SAHAJA.JIKA INGIN MEMBUAT TEMPAHAN SELAIN DARI YG DIPAMERKAN BOLEHLAH BERBINCANG DAN MENGHUBUNGI KAMI.

SILA HUBUNGI : EN. DAUD BIN ISMAIL (016-7317661)
                                  KG DUKU BT 35 1/2 JLN JOHOR 82000 PONTIAN JOHOR
                                    
KETUPAT,BURASAK,LEPAT PULUT BERLAUK
KETUPAT
Makanan-makanan tradisi melayu ini jugalah yang membezakan makanan hari raya dengan makanan pada hari-hari biasa.Antara banyak-banyak makanan tradisi tersebut, ketupat antara yang paling popular. Ketupat adalah sejenis hidangan makanan yang diperbuat daripada beras yang sangat popular dikalangan orang melayu sejak dahulu lagi. Ketupat nasi pula sudah tentu menggunakan beras yang dimakan sebagai nasi oleh kita setiap hari. Biasanya ketupat nasi dibungkus menggunakan daun kelapa.Kalau dapat makan ketupat dengan rendang, serunding, kuah kacang atau sayur lodeh memang begitu sedap sekali
BURASAK
Burasak merupakan makanan tradisional masyarakat Bugis yang sangat popular terutama pada hari perayaan sama ada hari raya aidilfitri atau hari raya aidil adhah.Beras dimasak dengan santan sehingga 3 suku masak kemudian di lepa dalam dulang seterusnya di bungkus dengan daun pisang seperti membuat lepat dan direbus selama 8 jam. Sekiranya kurang, burasak tidak menjadi , nanti burasak tidak mampat.Burasak drpd perkatan nasi dibungkus seperti lepat dan di susun berasak-asak di dalam periuk.Kebiasaannya burasak dihidangkan bersama lauk asam pedas ikan parang.
LEPAT PULUT
Lepat pulut merupakan makanan tradisional orang jawa terutama pada hari lebaran.Lepat pulut terdiri daripada 2 jenis iaitu lepat pulut biasa dan lepat pulut kacang merah.Isinya diperbuat daripada beras pulut yang direndam dan dicampur dengan kelapa muda dan garam.Kemudian dibungkus dengan kelongsong yang dibuat daripada daun kelapa serta diikat dengan kemas.Lepat pulut harus direbus seperti merebus ketupat iaitu 4 jam.Lepat pulut boleh dimakan begitu sahaja atau bersama lauk rendang atau serunding.


Tidak lengkap jika ketupat,burasak dan lepat pulut tanpa dihidangkan dengan lauk-pauknya.Di sini kami juga sedia memberi perkhidmatan untuk menyediakan lauk-pauk.Antara lauk pauk yang kebiasaan untuk tempahan adalah seperti rendang(ayam/daging),ayam kari,ayam masak merah,sayur lodeh,sambal kacang,serunding,sambal goreng serta asam pedas ikan parang.


SAYUR LODEH

ASAM PEDAS IKAN PARANG

SAMBAL GORENG

SAMBAL KACANG

SERUNDING KELAPA
AYAM KARI

AYAM MASAK MERAH
  
RENDANG DAGING

AYAM RENDANG